Sejarah Sekolah




 Latar Belakang Sekolah

Nama asal sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Cina Peng Chun. Sekolah Cina Peng Chun ditubuhkan pada 1 April 1927 dengan 38 orang murid sahaja. Lokasi Pusat Kesihatan Besar Yong Peng kini adalah tapak lama Sekolah Cina Peng Chun.

Pada 1951, seluruh Persekutuan Tanah Melayu telah mengalami darurat. Maka, pada Julai 1951 Kerajaan memindahkan Pekan Yong Peng Lama ke Pekan Yong Peng yang wujud sekarang. Sekolah Cina Peng Chun juga terpaksa berpindah ke Jalan Sekolah Cina.

Pada 23hb Jun 1952, dengan menurut perintah Kerajaan, nama sekolah ini ditukarkan sebagai Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng. Pada tahun 1955, bilangan murid sebanyak 1,200 orang.

Memandangkan bilangan murid semakin meningkat, maka KPM dan JPNJ mengarahkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yong Peng diasingkan menjadi dua buah sekolah di bawah satu bumbung yang sama. Sehubungan itu, pada 1 Mei 1967, SRJKC Yong Peng (1) beroperasi pada sesi pagi, manakala SRJKC Yong PEng (2) beroperasi pada sesi petang. Pada 1hb Jan 2001, SJKC Yong Peng (1) dan (2) bermulalah sesi bertukar giliran persekolahan.

SJKC Yong Peng (1) dan SJKC Yong Peng (2) telah berkongsi bangunan selama 42 tahun. Pada tahun 2004, JPS serta PIBG SJKC Yong Peng (1) & (2) telah memutuskan untuk momohon memindahkan SJKC Yong Peng (2) ke tapak baru. Kelulusan telah diperoleh pada Julai 2007 di bawah Rancangan Malaysia ke-9 di mana tanah seluas 5 ekar telah diluluskan untuk pembinaan bangunan baru.

Majlis Perletakan Batu Asas telah diadakan pada 26.2.2008. Projek Pembina bangunan sekolah dimulakan dengan penambahan tanah pada 18 Oktober 2009. Majlis Perasmian Menanam Cerucuk tapak bangunan baru pula telah diadakan pada 6 Disember 2009. Pembinaan bangunan baru  SJKC Yong Peng (2) bermula pada tahun 2010 dengan peruntukan yang dibekalkan oleh KPM sebanyak RM17.5 juta.

Majlis Penyerahan Bangunan Sekolah Baru telah diadakan pada 1 Januari 2012. Maka, SJKC Yong Peng (2) berpindah lokasi dan bangunan baru terletak di Mukim Tanjong Semberong, Yong Peng. Kemudahan fizikal bangunan baru terdiri daripada 1 blok kantin, 1 blok pra sekolah, 18 buahbilik darjah, pejabat, bilik Guru besar, 3 buah bilik GPK, bilik guru, pusat sumber, bilik mesyuarat, bilik kaunseling & bimbingan, bilik pemulihan, bilik agama Islam, bilik SPBT, blilik keselamatan, bilik peperiksaan, bilik Sains, bilik bengkel Kemahiran Hidup, bilik self access learning, bilik pandang dengar, bilik kesihatan & pergigian, bilik Muzik, bilik PSV, bilik Pengawas, 2 buah bilik persalinan, kedai buku, bilik utility am dan bilik stor.

Lokasi sekolah berhampiran dengan kawasan perumahan Taman Berlian, Taman Selatan, Taman Melati dan Taman Cenderawasih. Pada tahun 2012, bilangan pelajar di sekolah ini berjumlah 601 orang. Bilangan guru ialah 39 orang dan 4 orang kakitangan sokongan terdiri daripada 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Pembantu Am Pejabat dan seorang Pekerja Rendah Awam.

4 comments: