1 October 2012

Latihan Kata Ganti Nama Diri



Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

11.       “Perintahkan Hang Tuah mengadap ______________ sekarang juga,” titah Sultan Mahmud.
a.       Aku                                             
b.      Beta
c.       Saya
d.      Baginda

22.       “____________ berdua hendak ke perpustakaan,” kata Rita dan Selvi kepada Mary.
a.       Kita
b.      Saya
c.       Kami
d.      Mereka

33.       _____________ sekeluarga bersiap sedia untuk pulang ke kampung.               
a.       Dia
b.      Kita
c.       Kalian
d.      Mereka

44.       Jika _____________ semua bersatu padu, masalah ini pasti dapat diselesaikan.
a.       Kita
b.      Awak
c.       Beliau
d.      Engkau
55.       “_____________ harus berkumpul di dewan sekolah tepat pukul 9.00 pagi,” kata Cikgu Ismail kepada murid-murid itu.
a.       Kita
b.      Awak
c.       Kalian
d.      Engkau

66.       “ Bolehkah _____________ membantu mak cik?” tanya Zaitun kepada wanita tua itu.
a.       Kita
b.      Kami
c.       Saya
d.      Awak

77.       “_______________ pergi ke pameran buku dengan siapa?” tanya Linggam kepada Zami.
a.       Hamba
b.      Kamu
c.       Kami
d.      Saya


88.       Rumah Adilah berdekatan dengan sekolah. ______________ berjalan kaki sahaja ke sekolah.
a.       Dia
b.      Aku
c.       Saya
d.      Beliau

99.       “ Mengapakah badan tuan _____________ berlumuran dengan darah?” tanya Indera Sukma kepada lelaki itu.
a.       Patik
b.      Hamba
c.       Tuanku
d.      Baginda

110.   “ Segala titah _____________ telah _____________ dilaksanakan,” jelas Datuk Bendahara kepada Sultan Mizan.
a.       Awak...saya
b.      Tuanku...patik
c.       Baginda...patik
d.      Beliau...hamba

111.   ___________ menyimpan wang saku di dalam tabung pemberian ayah.
a.       Saya
b.      Hamba
c.       Beliau
d.      Kalian

112.   “_____________ yang masih belum membayar yuran diminta menjelaskannya sebelum minggu hadapan,” kata ketua darjah kepada kami.
a.       Patik
b.      Saya
c.       Kalian
d.      Beliau

113.   “ Manakah kasut yang _____________ pilih?” tanya Aizat kepada Ravi.
a.       Kami
b.      Tuanku
c.       Awak
d.      Beliau

114.   “ Aku harap _____________ akan berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara,” kata Amin kepada Rosli.
a.       Patik
b.      Saya
c.       Awak
d.      Engkau
115.   Mengapakah ______________ digalakkan untuk minum air yang secukupnya?
a.       Kita
b.      Awak
c.       Kami
d.      Saya

116.   “Bawalah payung ini jika _____________ mahu keluar,” kata ibu kepada abang.
a.       Kita
b.      Kami
c.       Saya
d.      Kamu

117.   _____________ disayangi oleh rakyat jelata kerana sentiasa menjaga kebajikan rakyat.
a.       Dia
b.      Saya
c.       Beliau
d.      Baginda

118.   “ Saya telah membeli kuih ini untuk_____________ ,” kata Zurina kepada Maria.
a.       Saya
b.      Awak
c.       Hamba
d.      Engkau

119.   “ Bilakah ayah____________ akan berpindah ke Pahang?” Jessica bertanya kepada Azmah.
a.       Kita
b.      Saya
c.       Anda
d.      Kamu

220.   Cikgu Zaki merupakan guru yang disayangi oleh murid-murid. _____________ sering membantu murid-murid dalam pelajaran.
a.       Awak
b.      Beliau
c.       Mereka
d.      Baginda