Budaya Membaca
Namun begitu, dalam masyarakat kita pada hari ini, budaya membaca kurang mendapat perhatian. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, hanya 38% daripada rakyat Malaysia yang gemar membaca. Hal ini berbeza sekali dengan keadaan di negara Jepun. Kira-kira 74.6% daripada rakyat di negara itu gemar membaca.
Malang sungguh negara kita jika masalah ini tidak ditangani dengan segera. dalam usaha mencapai Wawasan 2020, negara kita amat memerlukan golongan cerdik pandai untuk memajukan negara. Namun, bagaimanakah hasrat ini dapat dijelmakan jika rakyatnya tidak gemar membaca?
Justeru, suatu usaha yang menyeluruh perlu dilakukan untuk memupuk budaya membaca. Ibu bapa dan pihak sekolah perlulah memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan. Hal ini pernting kerana budaya ini perlu dipupukdari peringkat awal lagi. bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, pihak kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran perlu mengambil langkah bijak. Program yang dapat memupuk budaya membaca seperta Bulan Membaca Kebangsaan dan Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) perlu dipergiat. dengan adanya perogram-program seperti ini, minat murid-murid untuk membaca dapat dipertingkatkan.
Sebagai kesimpulannya, untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat kita, semua pihak perlu bekerjasama. Hasrat ini sukar dicapai sekiranya hanya sesetengah pihak sahaja yang sudi menghulurkan bantuan.
Soalan
Apakah kepentingan budaya membaca?
* Para pelajar boleh menggunakan ruangan post untuk menulis jawapan.
Kata Ganti Nama Diri
1. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:
Kata Ganti Nama Diri Pertama
1. Kata ganti nama diri yang pertama ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang sedang bercakap.
2. Kata ganti nama diri yang pertama terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan berbentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah :-
Kata Ganti Nama
Diri Pertama |
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
Aku
|
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
|
Aku memohon petunjuk-Mu, ya Tuhanku
|
Saya
|
Digunakan ketika bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau
dalam suasana rasmi
|
“Saya akan pergi ke Muzium Negara hujung minggu ini,” kata Ramesh
kepada kawannya.
|
Kami
|
Digunakan oleh orang yang berkata berserta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
|
"Ibu, kami mahu pergi bermain di taman," kata Danial dan adiknya.
|
Kata Ganti Nama Diri Kedua
1. Kata ganti nama diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Kata ganti nama diri kedua boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri kedua dan penggunaannya ialah:-
Kata Ganti Nama Diri Kedua
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
Anda
|
Digunakan untuk orang kedua yang tidak berhadapan dengan penutur
|
Anda perlu mengisi borang pendaftaran dahulu sebelum menjadi ahli
|
Engkau
|
Digunakan untuk orang kedua yang hubungannye rapat dengan penutur
atau bercakap dengan Tuhan
|
Hanya kepada engkau tempat aku mengadu, ya Tuhanku.
|
Kalian
|
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
|
Kalian perlu menghadiri program motivasi di Kem Sinar minggu hadapan.
|
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
1. Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk menggantikan orang yang sedang diperkatakan atau diceritakan dalam suatu perbualan.
2. Kata ganti nama diri ketiga juga boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri ketiga dan penggunaanya ialah:-
Kata Ganti Nama Diri Ketiga
|
Penggunaan
|
Ayat contoh
|
Baginda
|
digunakan untuk raja dan sultan
|
Baginda merupakan pemerintah yang adil dan mesra rakyat
|
Dia dan ia
|
digunakan untuk orang biasa dan rakan
|
Puan Shirley datang lewat ke pejabat kerana dia menghantar anaknya ke
klinik
|
Mereka
|
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih ramai dari seorang
|
Mereka sekeluarga pergi berkelah di Air Terjun Sungai Pinang
|
Maklumat yang berguna, berusaha lagi.
ReplyDeletesangat berguna untuk pnp.
ReplyDeleteblog yang amat bermanfaat!
ReplyDeleteMaklumat yang jelas.
ReplyDelete