BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami
yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang
kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. Buah kiwi
misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik
untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C
sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga epal, sebiji sehari
menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi
vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang
mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung
membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Buah oren pula adalah antara ‘ubat’
paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh
menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam
buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah mangga juga
mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu
mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya
bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet
klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar,
mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat.
Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal
bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan
kardiovaskular.
Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah
mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar
dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan
seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
Kempen anjuran MBG Fruitsshop itu
bertujuan membantu menjelaskan mengenai hasil kajian kesihatan terkini
kepada rakyat Malaysia, di samping mendidik dan menyebarkan maklumat
terkini sebagai panduan. Kempen berkenaan dilancarkan oleh Pengarah
Urusan MBG Fuitshop, Adnan Lee bersama dua selebriti, Jojo Struys dan
Hansen Lee.
blog yang cantiklah~
ReplyDeleteblog ini berwarna-warni dan menarik.
ReplyDeleteNICE BLOG!
ReplyDeletebeautiful blog rich with information:)
ReplyDeleteMaklumat yang berguna untuk anak saya.
ReplyDelete