6 December 2012

Khasiat Tembikai

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.

Khasiat Tembikai Susu

 
Khasiat tembikai susu 
  1. Mengandungi potassium. Pottasium mampu mengekalkan paras darah yang sihat dalam tubuh.
2. Bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah sodium. Ciri-ciri ini dapat membantu mencegah penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, diabetes dan kanser.
3. Kandungan air yang banyak di dalam tembikai susu mampu membantu melembabkan kulit dan membuatkan individu bertenaga walaupun di dalam cuaca panas.
4. Mengandungi vitamin C yang tinggi. Kandungan vitamin C ini dapat membantu mencantikkan kulit dan menyihatkannya. Ia juga mampu melindungi diri individu daripada serangan penyakit.
5. Ia mengandungi provitamin A, zink dan enzim-enzim penghadaman yang berkualiti.

5 December 2012

Khasiat Kiwi



Menurut fakta, buah kiwi mengandungi dua kali ganda jumlah vitamin C berbanding oren (108.9 miligram vitamin C dalam setiap 100 gram buah kiwi), dua kali ganda vitamin E berbanding avokado dan hanya separuh kalori berbanding yang lain. Ia sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan pesakit diabetis kerana mengandungi indeks glisemik (GI) yang rendah dan mengandungi kandungan fiber yang sama tinggi dengan hidangan emping bijirin.

"Bagi sesetengah pengguna, nilai nutrisi mempengaruhi mereka untuk membeli sesuatu. Fakta mengenai kebaikan buah kiwi sudah lama diketahui dan tidak hairanlah ia kini digemari oleh mereka yang mementingkan kesihatan menyeluruh," kata Pengurus Pemasaran Zespri International, Daniel Mathieson.

Menurutnya, buah kiwi sesuai dimakan mentah, dimasukkan dalam masakan dan boleh juga dimakan bersama kulitnya. Secara purata, buah kiwi menyediakan kandungan cadangan harian (RDV) vitamin C dan juga bahan lain seperti folat, potasium dan zink yang mana sangat penting untuk mengekalkan kesihatan menyeluruh.

Tambahnya lagi, ketakutan warga seluruh dunia mengenai penyebaran wabak influenza H1N1 juga menyebabkan mereka lebih berhati-hati dengan pengambilan makanan.

"Kini kebanyakan orang mula bertukar kepada makanan atau buah-buahan yang kaya dengan bahan imunisasi seperti buah kiwi," kata Mathiesen.

Sementara itu, Pakar Terapi Nutrisi, Dr Norzita Mohd Yusof berkata, buah kiwi merupakan pilihan diet yang mudah dan amat sesuai bagi kanak-kanak serta orang dewasa.

"Anda hanya memerlukan sebiji kiwi segar, potong kepada dua bahagian dan gunakan sudu untuk mencedok isinya," katanya.

Menurutnya lagi, buah kiwi amat sesuai dijadikan amalan diet harian sejak dari usia kanak-kanak lagi memandangkan mereka kini sangat terdedah kepada makanan berproses.

"Untuk kanak-kanak, sebiji buah kiwi sudah memadai untuk membantu mereka melawan penyakit biasa seperti selesema, demam dan sembelit. Bayi berusia satu tahun ke atas juga boleh diberi buah kiwi yang dijadikan puri atau dilenyek halus," ujarnya.

Dengan pengambilan buah kiwi setiap hari katanya, kita tidak perlu lagi bergantung kepada suplemen tambahan berbentuk pil atau minuman kerana buah kiwi mengandungi semua jenis khasiat yang diperlukan oleh badan.

Kebaikan Delima



Terdapat hasil dan analisis perubatan moden tentang kebaikan buah delima, iaitu:
i. Ia mengandungi anti oksida yang tinggi
ii. Anti oksida yang tinggi di dalam buah ini mampu mengurangkan tahap kolestrol
yang terkumpul dalam saluran darah.
iii. Anti oksida ini juga mampu mengurangkan tahap kolestrol dan melembutkan
saluran darah yang sempat dan keras.
iv. Penggunaan 50cc jus delima untk 2 minggu berturut2 mampu mengurangkan tekanan
darah sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, jumlah yang disarankan hanya 15 - 30cc
sahaja, ataupun 1 - 2 sudu teh sudah memadai untuk diambil setiap hari.
v. Ia meningkatkan keupayaan hati dan membantu mencegah dan mengurangkan kesan
"Hepatoprotective".
vi. Kandungan anti oksidanya mampu menghalang pembentukan sel payudara.