6 December 2012

Khasiat Tembikai

Tembikai amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit.

Jus tembikai membekalkan tenaga dan kekuatan di kalangan orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru saja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan.

Jus tembikai boleh membantu menyembuhkan penyakit-penyakit ini dengan menghapuskan kesan-kesan toksik dalam tubuh, selaim kehadiran asid yang berlebihan dalam darah dapat diatasi dengan mengamalkan pengambilan jus tembikai kerana ia dapat bertindak membantu melancarkan pengaliran darah.

Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan lycopene, kaya dengan beta karotena yang mampu mencegah pelbagai penyakit terutamanya kanser.

Tembikai juga kaya dengan kalium (potsium) dimana sekiranya seseorang mengambil separuh sahaja daripada buah tembikai, dia akan memperoleh lebih kurang 825miligram kalium.

Fungsi kalium ialah merendahkan tekanan darah dan menghalang kolesterol daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah arteri.

Tembikai hendaklah diambil sebelum makan berat untuk membersihkan perut dan rasanya akan menjadi sangat manis terutama pada waktu petang kerana resonan dengan warna merah di alam.

18 comments:

  1. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Blog yang menarik dengan penerangan yang jelas. Terima kasi kerana sudi berkongsi.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kerana berkongsi maklumat yang amat berguna.

    ReplyDelete
  4. blog anda sungguh menarik dan ceria... tahniah !

    ReplyDelete
  5. Tahniah cikgu! Satu perkongsian ilmu yang sangat baik dan menarik. Moga diteruskan usaha murni ini agar dapat dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. cemburunya tengok blog cikgu ni.penuh dengan warna warni dan informasi.Tahniah

    ReplyDelete
  7. Tahniah. Blog yang sungguh cantik dan menarik. Info yang dipaparkan amat berguna.

    ReplyDelete
  8. blog anda penuh informasi, tahniah!

    ReplyDelete
  9. banyak maklumat yang diperolehi daripada blog anda..tahniah!

    ReplyDelete
  10. Wau, sungguh menarik! teruskan usaha.

    ReplyDelete
  11. Blog uang menarik dan penuh dengan maklumat !

    ReplyDelete