23 November 2012



Kata Ganti Nama Diri

1. Kata ganti nama diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang.
2. Kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga kategori, iaitu:

Kata Ganti Nama Diri Pertama

1. Kata ganti nama diri yang pertama ialah kata yang digunakan untuk merujuk diri orang yang sedang bercakap.
2. Kata ganti nama diri yang pertama terbahagi kepada dua, iaitu bentuk tunggal dan berbentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri pertama dan penggunaannya ialah :-



Kata Ganti Nama 
Diri Pertama
Penggunaan
Ayat contoh
Aku
Digunakan apabila bercakap dengan kawan atau Tuhan
Aku memohon petunjuk-Mu, ya Tuhanku
Saya
Digunakan ketika bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau dalam suasana rasmi
“Saya akan pergi ke Muzium Negara hujung minggu ini,” kata Ramesh kepada kawannya.
Kami
Digunakan oleh orang yang berkata berserta temannya apabila bercakap dengan orang kedua
"Ibu, kami mahu pergi bermain di taman," kata Danial dan adiknya.

Kata Ganti Nama Diri Kedua

1. Kata ganti nama diri kedua digunakan ketika kita berbual dengan seseorang.
2. Kata ganti nama diri kedua boleh dipecahkan kepada dua bentuk iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri kedua dan penggunaannya ialah:-


Kata Ganti Nama Diri Kedua
Penggunaan
Ayat contoh
Anda
Digunakan untuk orang kedua yang tidak berhadapan dengan penutur
Anda perlu mengisi borang pendaftaran dahulu sebelum menjadi ahli
Engkau
Digunakan untuk orang kedua yang hubungannye rapat dengan penutur atau bercakap dengan Tuhan
Hanya kepada engkau tempat aku mengadu, ya Tuhanku.
Kalian
Digunakan untuk beberapa orang yang diajak bercakap
Kalian perlu menghadiri program motivasi di Kem Sinar minggu hadapan.

Kata Ganti Nama Diri Ketiga

1. Kata ganti nama diri ketiga digunakan untuk menggantikan orang yang sedang diperkatakan atau diceritakan dalam suatu perbualan.
2. Kata ganti nama diri ketiga juga boleh dipecahkan kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.
3. Contoh kata ganti nama diri ketiga dan penggunaanya ialah:-


Kata Ganti Nama Diri Ketiga
Penggunaan
Ayat contoh
Baginda
digunakan untuk raja dan sultan
Baginda merupakan pemerintah yang adil dan mesra rakyat
Dia dan ia
digunakan untuk orang biasa dan rakan
Puan Shirley datang lewat ke pejabat kerana dia menghantar anaknya ke klinik
Mereka
digunakan untuk orang yang bilangannya lebih ramai dari seorang
Mereka sekeluarga pergi berkelah di Air Terjun Sungai Pinang

4 comments:

  1. baik.... teruskan usaha anda

    ReplyDelete
  2. Nice work.keep going on!

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang jelas!

    ReplyDelete