4 December 2012

Oren

OREN


Untuk pengetahuan anda semua, selain dibuat pelbagai produk untuk keperluan semasa, kita juga perlu tahu jenis-jenis buah oren yang terdapat di dunia ini, antaranya ;
1. Oren Blood(Blood Oranges)
  • Buah oren yang kelihatan eksotik ini mempunyai isi berwarna merah darah  dan rasanya manis serta berjus. Ia amat dikenali di Itali dan tumbuh di seluruh kawasan Mediterranan.
  • Kegunaan : Kulit perlu dikupas dan enak dimakan begitu saja.
2. Oren Delta( Delta oranges)
  • Buah oren ini dikenali sebagai oren Valencia. Bersaiz kecil dan mempunyai kulit nipis dan mudah dikupas.Disamping itu, mempunyai isi manis, berjus dan mempunyai biji.
  • Kegunaan : Boleh dimakan mentah atau dijadikan salad dan dibuat puding.
3. Oren Navel( Navel oranges)
  • Buah oren ini manis, berjus dan mempunyai biji. Ia dinamakan navel pusat berdasarkan strukturnya yang unik iaitu buah oren yang kecil akan tumbuh pada isi oren seolah-olah bentuknya mutasi.
  • Kegunaan : Boleh dijadikan sos oren, salad dan pencuci mulut.
4. Oren Navelina( Navelina oranges)
  • Buah oren ini tumbuh dikawasan Valencia di Sepanyol. Buah ini mempunyai rasa manis yang menyelerakan. Saiznya agak besar, berwarna oren gelap dan mudah untuk dikupas.
5. Oren Ortaniques
  • Buah oren yang mempunyai gabungan rasa masam dan manis dengan nikmat yang menyegarkan.
  • Kegunaan : Enak dimakan mentah dan dijadikan minuman jus.
6. Oren Seville ( Seville oranges)
  • Buah oren ini berasal dari India dan kini terkenal di Eropah. Ia mempunyai rasa sedikit pahit, beraroma, kulit berbonjol, isi yang berjus dan berbiji.
  • Kegunaan : Buah oren ini tidak sesuai dimakan mentah kerana rasanya yang pahit. Dijadikan sebagai jem, marmalade dan sos. Boleh juga dijadikan salad dan dihidangkan bersama ayam panggang.
7. Oren Salustina( Salustina oranges)
  • Dengan rasanya yang manis dan berjus, buah oren adalah terbaik untuk dijadikan minuman berjus.
  • Kegunaan : Untuk meneydiakan jus oren sama ada untuk diminum atau dicampurkan ke dalam resepi, buah oren Salustina adalah pilihan yang terbaik kerana rasanya manis dan jusnya pekat.
Bagi khasiatnya sebiji oren ni, bukan saja dari jenisnya sahaja tapi antaranya ialah
1. Vitamin C
  • pembentukan kolagen yan baik untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah dan tulang. Ia juga mampu mencegah penyakit kanser dan mencegah kerosakan sel akibat penyakit(radikal bebas).
2. Karbohidrat
  • serat yang terdapat dalam karbohidrat ini mampu melambatkan proses pengosongan perut, pencernaan, dan penyerapan khasiat makanan. Perlu diingatkan, bagi yang nak turun berat badan amatlah disyorkan kepada anda.
3. Folat
  • menurunkan risiko penyakit kardiovaskular.
Kesimpulannya, buah oren juga mempunyai zat lain seperti mengandungi potasium, kalsium, thiamin, niasin, vitamin B6, fosfuros, riboflavin dan asid pantothenik.

4 comments: